CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 26 April 2011

Jangan TERMENUNG Tapi MERENUNG !!!!!!!

MATLAMAT HIDUP MANUSIA...

                                                            Apa matlamat & peranan kita...


Tidaklah penciptaan manusia itu sia-sia melainkan dijadikan untuk tujuan dan hikmah yang tertentu...Ia tidak dijadikan untuk dirinya,atau manjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ini..Ia juga bukan dijadikan untuk berseronok sepertimana binatang-binatang berseronok.....bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yang pendek @ panjang,kemudian ditelan tanah,dimakan ulat dan dimamah kebinasaan,,,,,,


 Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah Allah serta menjadi khalifah di muka bumi..Dia memikul amanah terbesar dalam hidup yang pendek ini,,amanah taklif dan tanggungjawab !!!!!! Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab..... Dengan itu,ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain,, kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa penghujung,, iaitu jalan menuju redha Allah......


Manusia tidak dijadikan untuk dirinya sendiri,tetapi ia dijadikan untuk menyembah Allah....Ia juga tidak dicpta hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini, tetapi dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi di syurga,,,,,,,,,,,

Ada orang berkata "Si bodoh hidup kerana mahu makan manakala org yang berakal makan kerana mahu hidup" Pernyataan ini tidak menyelesaikan masalah kerna hidup itu sendiri bukan satu tujuan ,,kerna persoalan masih tetap ada ,,,,kenapa manusia hidup???

                                                       Kenapa manusia hidup??????

Adapun para materialisme menjawab "Sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia" Jika inilah jawapan yang akan dipilih oleh manusia maka neraka jugalah jawapannya...




Manakala orang yang beriman menjawab "Manusia hidup hanya kerana Tuhannya yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi...."

Firman Allah SWT : " Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya mencipta kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ciptaan itu? Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya ,tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Tuhan (yang memiliki) 'Arasy yang mulia "        (Al-Mukminun : 115-116)

Akhir kalam,marilah bersama muhasabah diri agar tidak ada musuh Islam yang menunding jari ke arah umat Islam sambil berkata " Umat Islam hidup kerana perhiasan dunia semata-mata dan keseronokan,tidak lebih daripada itu "   Waspadalah kerana apabila usia manusia tamat dalam masa yang pendek maka berakhir segala-galanya,,,,

SubhanAllah alangkah benarnya ayat Al-Quran : " Katakanlah,kesenangan di dunia ini sedikit  sahaja " (Al-Nisa' : 77)

Punca Pencetusan Blog Maahad STAM 2011




      Pada suatu hari, seusai saf MPP bersidang maka tercetuslah 
idea untuk menghasilkan blog ini........Ini juga ilham drpd Ustz 
Aisyah,selaku penasihat MPP,,,yg kami cintai...muuuaaaaahh




Tujuan penubuhan :

  • Menonjolkan  pelajar STAM 2011 sentiasa mengikuti perkembangan teknologi,,,...
  • Menyebarkan ilmu di seluruh pelosok dunia
  • Berkongsi tentang perkembangan Maahad STAM 2011